Laman Utama

               

Pengambilan Examo

    

Memesan Examo

     

Hubungi / Kami

 

Kak Sue

016-2240666

 

En Ib

016-2240888

 

 

 

 

Mengapa Ramai Memilih Examo


Berada di pasaran selama lebih 30 TAHUN

KELULUSAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Dianugerahkan JOHAN kategori "Produk Kesihatan Terbaik SDSI 2008"

Dikilangkan oleh Pengilang Homeopati PERTAMA di Asia Tenggara

Diperbuat daripada MINERAL & LAKTOSA, tidak beracun dan selamat untuk dimakan

Bersih, suci, saintifik dan HALAL

   

Kami akan memuatkan lebih banyak testimoni-testimoni pengguna Examo.
Sekiranya anda ingin menghantar testimoni, sila ke sini.

 

     

     

Examo.Net dan Examo.Biz adalah anak syarikat Salindah.

Examo merupakan persediaan homopati khas untuk minda.

Ada dua jenis produk Examo di pasaran dan produk-produk ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain Examo, digalakkan juga pengguna mengambil Matsa.

 

PENDAFTARAN

GAMBAR

PRODUK

KETERANGAN

HARGA (RM)

MAL20032551T

 

 

Examo CKM 450's

Diambil harian

56

MAL07031098T

 

 

Examo CKM Plus 24's

Diambil seminggu 2 kali. Carta di menu "Pengambilan Examo". Bertindak sebagai booster (penguat) kepada Examo CKM

28

MAL20032551T

MAL07031098T

 

 

Examo Ekonopack:

Examo CKM 450's

Examo CKM Plus 16's

(Examo CKM-500 Plus hanya ada 16 biji, berbanding 24 biji untuk botol berasingan)

80

MAL09032077T

 

 

Matsa

Untuk Matematik dan Sains

45

 

 

Permulaan Examo
 
Imam al-Ghazali telah mengkaji fungsi otak hampir sembilan ratus tahun dahulu. Beliau telah mengenal pasti lima fungsi utama otak. Menurut kajian beliau, pada otak berlakunya beberapa aktiviti seperti ingatan, visual, perasaan, sintesis dan daya fikir.

Dr. Hussein Nabil Hasyim, pakar bedah dari Universiti Iskandariah menegaskan fungsi otak sebagai fungsi utama badan. Di sinilah tempat akal dengan fungsi tertinggi berfikir, merenung, mengatur dan mengendalikan fungsi kehidupan manusia.

Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud "orang yang cerdas otaknya ialah orang yang tunduk dan beramal untuk akhiratnya. Orang yang lemah otaknya ialah orang yang suka mengikut hawa nafsunya kepada perkara-perkara yang tercela".

Dalam agama Buddha, konsep penerapan akal fikir juga turut diamalkan melalui kaedah meditasi (penyucian jiwa). Begitu juga dengan agama-agama lain yang banyak menggunakan konsep akal fikir yang tersendiri.

Menurut 'World Book', kesihatan mental dan fizikal berkait rapat. Kesihatan mental mempunyai peranan penting dalam kedua-dua cara manusia bertingkah laku dan cara mereka merasa. Menurut Sheila Ostrander dan Lynn Schroeder buku 'Super Learning 2000' makanan boleh meningkat kecerdasan, menguatkan ingatan dan menguatkan daya keupayaan pembelajaran.

Oleh itu untuk mendapatkan daya berfikir yang aktif dan kreatif, otak mestilah diberikan bahan makanan yang sesuai. Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut dan merujuk kepada nutrisi sel Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, telah mendorong Prof. Dr. Azizan Haji Ismail seorang pakar pemakanan kesihatan tempatan untuk merumus nutrisi biokimia yang dikenali dengan nama EXAMO CKM 500.


Cara Examo Bertindak
 
EXAMO CKM 500 bertindak empat cara iaitu:

1) Mencerdaskan akal
EXAMO CKM 500 mampu mencerdaskan otak kerana is membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat yang dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. Satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang bodoh.

2) Menguatkan ingatan
Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kepada masalah lupa. Kelemahan daya dan tenaga boleh dikuatkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Shuessler menunjukkan enam jenis garam tisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis Prof. Dr. Azizan Hj Ismail, tiga garam tisu biokimia memadai iaitu Kalsium Fosfat, Kalium Fosfat dan Magnesium Fosfat. Rumusan istimewa ketiga-tiga garam tisu ini terdapat di dalam EXAMO CKM 500.

3) Menambah Tenaga Mental
Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, is boleh dijanakan kembali daripada tindak balas kimia, sama seperti "rechargeable battery". Tenaga kimia yang terhasil dan tindak balas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia. Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus. EXAMO CKM 500 mempunyai ciri-ciri keperluan proses elektrokimia.

4) Mendatangkan ketenangan
Bagi mereka yang menduduki mana-mana peperiksaan atau ujian memang berperasaan tidak tenang. Biarpun membaca nota dan buku, namun orang yang tidak tenang tidak dapat mengingati pelajaran malah wujud perasaan lain seperti resah gelisah sehingga menimbulkan rasa takut dan hilang keyakinan diri. EXAMO CKM 500 dapat mengurangkan serangan panik menghadapi peperiksaan, mengembalikan ketenangan dan menimbulkan kerajinan untuk belajar.
 
 
Examo Boleh Membantu Anda
 
Sama ada anda seorang bayi (boleh ke anda membaca posting ini :-) ), seorang pelajar, dewasa atau warga emas, Examo boleh membantu anda:
 
01 - Mencerdaskan Akal
02 - Menguatkan Ingatan
03 - Menguatkan Daya Berfikir
04 - Menenangkan Fikiran
05 - Menambahkan Konsentrasi
06 - Menimbulkan Minat Belajar
 
 

Matsa
 
Matsa adalah satu-satunya rumusan yang disediakan khusus oleh Prof. Dr. Hj. Azizan bin Ismail bagi tujuan menggiatkan aktiviti otak kiri dan sekaligus meningkatkan kepintaran pelajar dalam bidan pelajaran yang melibatkan fakta termasuklah Matematik dan Sains.

 

Menurut penyelidikan pakar neurosains Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan kanan mempunyai fungsi yang berbeza. Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit seperti aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan dan sebagainya. Oleh itu, otak kanan digelar otak seni.

 

Otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang konkrit seperti bahasa, formula matematik, logik, nombor, analisis dan sebagainaya. Otak kiri juga digelar otak sains.

 

Matsa digalakkan diambil bersama dengan Examo untuk memastikan keberkesanannya.