|

Klik sini untuk ke Examo @
Facebook
|
|
Permulaan Examo
Imam
al-Ghazali telah mengkaji fungsi otak hampir sembilan ratus tahun dahulu. Beliau
telah mengenal pasti lima fungsi utama otak. Menurut kajian beliau, pada otak
berlakunya beberapa aktiviti seperti ingatan, visual, perasaan, sintesis dan
daya fikir.
Dr. Hussein Nabil Hasyim, pakar bedah dari Universiti Iskandariah menegaskan
fungsi otak sebagai fungsi utama badan. Di sinilah tempat akal dengan fungsi
tertinggi berfikir, merenung, mengatur dan mengendalikan fungsi kehidupan
manusia.
Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud "orang yang cerdas otaknya ialah
orang yang tunduk dan beramal untuk akhiratnya. Orang yang lemah otaknya ialah
orang yang suka mengikut hawa nafsunya kepada perkara-perkara yang tercela".
Dalam agama Buddha, konsep penerapan akal fikir juga turut diamalkan melalui
kaedah meditasi (penyucian jiwa). Begitu juga dengan agama-agama lain yang
banyak menggunakan konsep akal fikir yang tersendiri.
Menurut 'World Book', kesihatan mental dan fizikal berkait rapat. Kesihatan
mental mempunyai peranan penting dalam kedua-dua cara manusia bertingkah laku
dan cara mereka merasa. Menurut Sheila Ostrander dan Lynn Schroeder buku 'Super
Learning 2000' makanan boleh meningkat kecerdasan, menguatkan ingatan dan
menguatkan daya keupayaan pembelajaran.
Oleh itu untuk mendapatkan daya berfikir yang aktif dan kreatif, otak mestilah
diberikan bahan makanan yang sesuai. Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut dan
merujuk kepada nutrisi sel Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, telah mendorong Prof.
Dr. Azizan Haji Ismail seorang pakar pemakanan kesihatan tempatan untuk merumus
nutrisi biokimia yang dikenali dengan nama EXAMO CKM 500 (NO PBKD: MAL20032551T).
|